> Kalau Tak Salah <

em... kalo x slah..
sok membe2 kite yg dpt uTp akan stat masok en...
waaaa... mknenye makin berkurang la mbe2 yg on9 ni..
huhuhu..
its okey...
semoge kowg sume bhagie n blaja elok2 k..
ingt2 la kami2 ni selalo...
will miss u all forever...
~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.Insya ALLAH.:

Assalamualaikum

Ana dengar ada seorang sahabat kita, saudara lelakinya ditimpa musibah.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga saudara lelakinya sihat selalu dan diberikan kekuatan.
Sama ada dari segi fizikal dan mental.
InsyaALLAH, segalanya akan beransur pulih.
Sesungguhnya, setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Diharapkan enti sekeluarga tabah menerima dugaan ini.
Kami semua mendoakan enti sekeluarga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

: Apa Yang Kau Panggil Cinta :


Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara
Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa
Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan
Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan
Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

> Akibat Zina <

Akibat buruk dan bahaya zina:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.



Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.

Na'udzubillahi min dzaalik.


15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?


Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:The Star Education Fair 2010:.

Participate in Malaysia’s leading education fair!

The Star Education Fair, the country’s premier education fair, will return in 2010

The event will be held on Jan 9 and 10 at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), and on Mar 6 and 7 will then head up north to the Penang International Sports Arena.

With attendance at Star Education Fair 2009 totaling more than 60,000 visitors for Kuala Lumpur and 25,000 visitors for Penang, visitor turnout at the 2010 edition is expected to skyrocket. Numerous local and foreign exhibitors will be participating, occupying five exhibition halls at the KL venue.

If you are a representative of a higher education institution and/or professional body, seize this opportunity to connect with your target audience: secondary and tertiary students, working adults seeking further education, educationists, parents, and other parties interested in the education industry.

Don’t miss out on this golden opportunity to participate in Malaysia’s premier education fair! Book your booth with us now!

Kuala Lumpur

Date: Jan 9 and 10 (Saturday & Sunday)
Time: 11am-7pm
Venue: Exhibition Halls 1, 2, 3, 4 and 5, Kuala Lumpur Convention Centre


Penang

Date: Mar 6 and 7 (Saturday & Sunday)
Time: 11am-7pm
Venue: Penang International Sports Arena (PISA)



Education and Career Talks – Schedule
Kuala Lumpur Convention Centre – Conference Hall 2, Level 3

9th January 2010, Saturday
11.00am – 12.30pm Recession Proof Jobs
12.45pm – 2.45pm Exploring Option s in the ICT World
3.00pm – 4.30pm How to Approach SPM Physics & Additional Mathematics
4.45pm – 6.15pm Engineering

10th January 2010, Sunday
11.00am – 12.30pm Options after SPM
12.45pm – 2.15pm Funding Higher Education
2.30pm – 4.30pm Allied Health Science
4.45pm – 6.15pm Medicine & Dentistry

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.3 Golongan Awal Ke Neraka.:


Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba
Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orangyang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''


Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai
Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:DiLamuN ciNta:

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.



Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~:Wanita Solehah Idaman Mujahid:~

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yangzikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)





Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

School Day~


Okay~ hari ini 4 .1.2010...
All the student in all school in Malaysia will start they school period on this date...
SO, selamat bersekolah ye adik2...
Bila ckp psl sekolah ni terkenan zaman sekolah dulu~
Xsgke rupe2nye da abi skola da ak ni yer..
huhuhu..
Ape2 un kepada semua adik2 blaja elok2 ye..
jd manusia yg berguna buat agama, bangsa dan negara~

Ha... dan ari juga lak ade shbt2 kite yg meneruskan jejak langkah mereka ke PLKN..
fuh~ kalo x silap last day la ni.. pas ni xde lagi utk siri pertama ni...
Semoga mereka semua berjaya di sane harapnya...

Dan kepada mereka yg masih dok kt umh 2 cuti lah pueh2 sebelum masok U karang...
Okeh??!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesan Atok~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


PictuRes??!!!

oUr PutrE

OuR pUteRi

Some of da pic yg masih ade dlm simpanan ak~
Kenangan yg Terindah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konvoi g Sg Tekala & Sg Gabai


Tarikh : 27 Disember 2009

Hari : Ahad

Lokasi : Sg Tekala & Sg Gabai

Tujuan : Lepas tension SPM~

Antara yg ikot : Pidot, Ja a, Capek Idris, Din, Amin, Akmal Amri, Aleef,
Anam, Tome, Syahmi, Zahid, n few dk2 yg ak xtw spe...

Aktiviti : mandi sungai r.. pe ag.. smbil2 uh dowg wat bzdy party lak tok Zahid,
ak kurg tw la mcm mne crenye.. tp ak dgr sgt kejam.... Kesian~

Pergerakan : naik moto la... nak nek kete lesen bkn ade un...

Permulaannye... Mereka bergerak ke Sg Tekala, lepas keruhkn air kt sg uh dowg g plak ke Sg Gabai...
X cukup stu sg dikeruhkan, dowg keruhkan ag stu... Kesian sungai uh....
hehehe...
Tp nmpk mcm best jer en... huhu...
Seronok3~














p/s : crik idea nk wat pmpn nyer event~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah sume~



Perhatian~
Ada sahabat memberitahu saya bahawa tawaran UTP telah pun keluar...
Alhamdulillah ada beberapa sahabat kita telah menerima tawaran tersebut..
tahniahlah ye~
kirenye terer la kowg nie ek.. bkn sng nk interview dye..
bak kte fatin filzati mmg terbelit lidah... speaking en...
Ape2 pun tahniah di ucapkan...
antara yang mendapat tawaran ialah:-

: - Nur Fatin Filzati
: - Fatin Adibah
: - Muhammad Khair
: - Ahmad Zulhilmi
: - Anas Falahi
: - Noor Idham
: - Adlin Lina
yg lain xd dgr khabar berita...
mungkin rmi jugak yg dpt...
tahniah buat kali ketiga~

Mereka akn daftar pada
~16 Januari 2010~

makin ckit la dk2 yg on9.. sedey3...
tp pepe un kami mendoakan yg terbaik buat kalian semua...
belajar elok2 yer....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEDEY3!!!


~

Tarikh : 2 Januari 2009

Perkhabaran:
Hari ini beberapa sahabat kita telah berangkat ke Pusat Latihan Khidmat Negara ataupun lebih dikenali sebagai PLKN...
Sedihnya rase hati melihat rakan-rakan kita pergi...
3 bulan pulak tu...
Tapi takpe... kita semua doakan yang terbaik buat mereka..
Supaya mereka di tetapkan iman dan mengamalkan segala yang dipelajari dimaahad dalam aktiviti harian ...
Dan semoga mereka sentiasa ceria dlm mengharungi hari2 di sana
Sebenarnya PLKN ni xdelah terok mane...
Orang je yang buat spekulasi...
HuhUhu....
Pepepun... SELAMAT YER...

Esok dan luse pun ade yang pegi jugak..
Chaiyok semua!!!


~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS